

Visi
Memacu kecemerlangan kokurikulum dan seni dalam pelbagai peringkat
Misi
Melaksanakan program pendidikan kokurikulum dan kesenian ke arah memperkembangkan potensi dan bakat murid selaras dengan hasrat Dasar Pendidikan Negara
Pengumpulan Data Gred PAJSK Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Pulau Pinang 2018
Pengisian Data PAJSK SPS-APDM Bagi Semua Murid Sekolah Rendah dan Menengah 2019
Tempoh Operasi Pengisian dan Pengesahan Data Pentaksiran Kokurikulum:
Untuk Tindakan PK Kokurikulum / Guru Penasihat / Guru Kelas
​
​
​
​
​
​
​
​
Aplikasi:
Luar Talian: Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar dengan Sistem APDM
Sistem Luar Talian ini bermula 1 Oktober 2019 dan hanya untuk calon PT3, SPM, STAM dan STPM tahun semasa sahaja
​
Nota:
1. Data berakhir 31 Oktober 2019 bagi murid tahun 6 dan 30 November 2019 bagi murid Tingkatan 3 akan digunakan untuk pelaporan pentaksiran
peringkat kebangsaan
2. Bagi penglibatan murid dalam aktiviti selepas tarikh 31 Oktober 2019 (Tahun 6) dan 30 November 2019 (tingkatan 3), markah boleh dikemaskini mengikut
tahap penyertaan dan pencapaian murid sehingga tarikh 31 Disember 2019
3. Bagi calon UPSR / PASR / PT3 / SPM / STAM / STPM 2019, Sijil Pelaporan PAJSK hendaklah dicetak dan diserahkan kepada semua calon bersama-sama
dengan keputusan peperiksaan yang diumumkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia
4. Bagi murid selain calon UPSR / PASR / PT3 / SPM / STAM / STPM 2018, sekolah-sekolah digalakkan mencetak Sijil Pelaporan PAJSK dan diserahkan kepada
murid
5. Pihak Pentadbir PAJSK diminta supaya menyimpan rumusan Gred PAJSK tahun semasa mengikut Tahun dan Tingkatan (softcopy dan hardcopy)
6. Proses Pentaksiran ini perlu mematuhi peraturan dan garis panduan serta tempoh masa pengisian yang telah ditetapkan
7. Hasil kutipan data PAJSK ini akan digunakan untuk pemverikasian pihak-pihak yang berkeperluan
8. Ujian SEGAK hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil2/2016: Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah bertarikh 17 Februari 2016 dan Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan Untuk Murid Sekolah 2016 keluaran Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
​
